Pautan Pantas
Peperiksaan
Akhbar Online
| Secarik Tinta Pengetua |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 10 August 2011 13:34 |
|
Asalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat limpah dan kurnianya laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar dapat direalisasikan seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat. Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMKTK terutamanya guru-guru ICT dan ajk ICT di bawah penyeliaan Penolong Kanan Pentadbiran yang telah mengambil inisiatif secara kreatif dan inovatif bagi memastikan maklumat-maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah yang terkini.
Kini, laman web merupakan satu paparan maklumat yang terpenting kerana padat dengan informasi dan efektif. Laman web yang interatif dan info yang terkini mampu menarik pengunjung melayarainya. SMKTK amat mengalu-alukan pengunjung maya melayari laman web ini. Laman ini mapu menjadikan SMKTK dikenali dipersada maya kerana boleh dilayari secara global dan glokal. Maklumat yang dipaparkan meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Keseluruhan laman ini mencakupi :- i) Maklumat Umum ii) Pengenalan dan Sejarah Sekolah iii) Agihan tugas iv) Pengurusan Panitia v) Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran vi) Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian vii) Pengurusan Pusat Sumber viii) Pengurusan HEM ix) Pengurusan Kokurikulum Dengan adanya laman web ini, segala bentuk penyebaran maklumat dapat disalurkan kepada lapaisan masyarakat. Hal ini selaras dengan kehendak semasa dalam era globalisasi maklumat berada di hujung jari. Komunikasi maya ini merupakan penghubung dunia maklumat yang tidak bertepi. Akhir kata, besarlah harapan saya supaya pengunjung yang melayari laman ini dapat memanfaatkan bersama maklumat yang ada. Inyaallah, SMKTK akan sentiasa menambahkan maklumat dari semasa ke semasa agar dapat dikongsi bersama. Sekian, Terima Kasih Wassalam.
|
| Last Updated on Tuesday, 16 August 2011 09:43 |



