SEJARAH SEKOLAH
SMK Telok Kumbar terletak di kawasan luar bandar di Kampung Sungai batu di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Lokasinya yang berada di kaki bukit sungguh strategik kerana pemandangan alma semulajadi yang indah menjanjikan suasana yang tenang dan sesuai untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar ditubuhkan pada 01 Disember 1989. Sebelum itu SMKTK menumpang di SRK Bayan Lepas selama setahun. Ketika itu hanya 18 orang guru bertugas bersama-sama 3 orang staf sokongan dan jumlah pelajar ialah 240 orang pelajar tingkatan 1 dan peralihan. Tuan Haji Saad Bin Haliff bertindak sebagai Pemangku Pengetua pada masa itu.
Bangunan baru sekolah yang bertempat di Telok Kumbar siap pada 03 Disember 1990. Bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat yang diberi nama Blok Aspirasi dan Blok Bestari dan 1 blok bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Canggih. Setelah bangunan sekolah baru siap dibina Encik Abdul Hamid Haji Mohamad merupakan pengetua pertama yang berkhidmat.
Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Dinamik dan 2 makmal komputer telah dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun yang berikutnya sebuah dewan besar yang diberi nama Dewan An-Nur telah dibina untuk pelbagai kegunaan. Pada masa kini terdapat 30 buah kelas iaitu 5 kelas Tingkatan 1, 6 kelas Tingkatan 2, 6 kelas Tingkatan 3, 6 kelas Tingkatan 4, 5 kelas Tingkatan 5 dan 2 kelas Tingkatan 6.
Nama-nama Pengetua dan Tempoh Berkhidmat
1 En. Abdul Hamid Haji Mohamad (16/9/ 1990 hingga 1/12/ 1995)
2 En. Abdul Malik Mohamed (1/1/ 1996 hingga 31/3/ 1997)
3 Datin Hazlin Binti Abdul Karim (1/4/ 1997 hingga 1/1/ 1999)
4 Tuan Haji Abdul Rahman Haji Salim (1/1/1999 hingga 31/12/1995)
5 Cik Hajah Noorijah Haji Ahmad (1/1 2000 hingga 15/10/ 2006)
6 Tuan Haji Shafie Hashim (16/10/ 2006 hingga 16/2/ 2008)
7 Puan Hajah Zainab Binti Ayub ( mulai 16/2/2008 hingga 27/7/2010)
8 Cik Norati bt. Mohd. Othman ( mulai 1/11/2010 )